Sentiasa Fokus

Wednesday, January 16, 2013

7 Rahsia Kejayaan Steve Jobs


Jika sebut sahaja nama Steve Jobs , semua orang yang ada di dunia ini mesti mengenalinya .Beliau digelar bapa inovasi pada usia 65 tahun kerana menghasilkan banyak produk & teknologi yang  baru dalam dunia teknologi .Walaupun beliau tidak berjaya menamatkan pendidikan di universiti , beliau mampu membuktikan kejayaan luar biasa yang tidak mampu dicapai oleh individu - individu yang mempunyai pendidikan yang tinggi.

Walau bagaimanapun, untuk membina kejayaan & syarikat yang berjaya di mata dunia , sememangnya ada banyak cabaran yang dihadapi oleh Steve Jobs. Steve pernah dibuang oleh syarikatnya sendiri & tidak mendapat sambutan dalam mencipta beberapa produk . Namun , prinsip - prinsip yang dipegang oleh Steve Jobs membuatkan beliau berjaya mengharungi segala cabaran & rintangan yang dihadapi olehnya.

Cuba anda nilai 7 rahsia kejayaan Steve Jobs :

1. Sentiasa buat apa yang kita suka

Seseorang tidak dapat menghasilkan sesuatu melainkan sesuatu menginspirasikan dirinya sendiri. Katanya, "People with passion can change the world for the better".Beliau juga mengatakan, "Kehidupan ini terlalu pendek untuk hidup di bawah impian seseorang".  Jika anda masih belum menemui apa yang anda suka, teruskan mencari dan jangan berdiam diri".



2. Berikan kesan kepada dunia

Ini berhubungan dengan seseorang yang mempunyai visi yang besar. Maknanya kita boleh melihat apa yang hendak dicapai dalam puluhan tahun akan datang. Dalam hal ini kita harus mengemukakan cabaran-cabaran yang positif supaya kita bersemangat melakukan inovasi.Prinsip inilah yang membolehkan Steve Jobs menghasilkan Macintosh, Apple dan akhirnya iPad.

3. Menghubungkan idea & benda yang mencetuskan kreativiti

Katanya, "Kreativiti hanyalah menghubungkan benda-benda itu". Maksudnya orang yang mempunyai pengalaman yang luas kerapkali dapat melihat perkara-perkara yang orang lain lupa atau tertinggal. Inilah yang berlaku kepada Steve yang pada mulanya meminati kaligrafi, tetapi akhirnya membawa kepada penghasilan komputer pertama,  Macintosh.



4. Katakan tidak kepada 1001 perkara

Kata steve, "Inovasi terhasil daripada mengatakan TIDAK kepada seribu satu perkara.Prinsip ini membuatkan setiap produk yang dihasilkan oleh Apple adalah simple & mudah digunakan .

5. Wujudkan pengalaman dalam hidup pengguna

Syarikat Apple sendiri pada hakikatnya tidak menumpukan kepada penghasilan satu produk sahaja. Hasilkan apa saja yang bermakna kepada kehidupan pengguna. Contohnya ialah sebuah Apple Store yang diinspirasikan oleh Steve Job telah menarik 17,000 pelanggan sehari. 

Hal ini kerana Apple Store merupakan sebuah kedai yang tidak bersifat menjual produk sebaliknya , setiap pekerja diamanahkan untuk menyelesaikan masalah pengguna yang datang ke Apple Store.


6. Menguasai kemahiran berkomunikasi

Semua orang mempunyai idea yang hebat & bernas tetapi jika mereka tidak berjaya menyampaikannya dengan berkesan, idea itu hanya idea biasa. 

Sentiasa berlatih berhari - hari menyampaikan idea dengan berkesan sekaligus membuatkan kita bersedia untuk meyampaikan idea kita dengan hebat.Gabungkan idea dengan visual dalam penyampaian kita membolehkan penonton atau penerima maklumat memahami apa yang kita sampaikan

Ini merupakan teknik komunikasi yang digunakan oleh CEO Apple, Steve Jobs.

7. Jual impian, bukan produk

Pengguna tidak akan mempedulikan apa produk yang anda jual, mereka hanya pedulikan apa yang mereka dapat apabila membeli produk kamu.Bantu mereka mencapai keperluan & impian mereka. Steve mengajar kita bahawa jika kita membantu pengguna mencapai impian mereka, maka kita akan berjaya memenangi hati mereka. 

Kini. ,individu yang luar biasa yang bernama Steve Jobs berjaya mengubah dunia dengan inovasi & kretiviti dalam setiap produk yang dihasilkan .Walaupun beliau telah meninggalkan dunia pada tahun 2011, namun prinsip - prinsip kejayaan telah beliau tinggalkan untuk kita semua bagi terus maju melakar kejayaan dalam hidup kita.

Sentiasa berusaha untuk mencapai kejayaan hidup - Harris Anuar

0 comments:

Post a Comment